SERANGAN JANTUNG MENGEJUT SEORANG DIRI?

SERANGAN JANTUNG MENGEJUT SEORANG DIRI?

Andaikan bahawa sekarang sudah pun jam 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.

Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer sahaja daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai ataupun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat?

 

JADI, BAGAIMANA MENANGANI SAKIT JANTUNG BILA SEORANG DIRI?

Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk dan batuk mestilah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru.

Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula. Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru dan mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.

Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.

 

HARAPAN KAMI

Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans untuk membawa anda ke hospital.

Walau apapun pencegahan adalah jalan terbaik! Amalkan pemakanan produk Tasly yang telah terbukti berkesan membantu ramai orang untuk hidup lebih bahagia tanpa perlu lalui pembedahan sebagai jalan penyelesaian masalah jantung. Untuk maklumat lanjut sila klik sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *